Lima maut, hab pengeluar vaksin terbesar India terbakar

Iklan
Kebakaran berlaku tidak jauh dari kemudahan yang mengeluarkan vaksin Covid-19 di Institut Serum India di Pune. - Foto AFP

MUMBAI - [DIKEMASKINI] Sebuah hab pengeluaran vaksin terbesar di barat India musnah dijilat api dalam kejadian pada Khamis dan turut meragut sekurang-kurangnya lima nyawa.

Institut Serum yang menghasilkan jutaan dos vaksin Covishield dibangunkan AstraZeneca dan Oxford University memaklumkan kebakaran itu tidak menjejaskan operasi mereka.

Iklan
Iklan

"Kebakaran itu berlaku di kemudahan baharu yang dibina pada kawasan seluas 40 hektar dan berada tidak jauh dari pusat pengeluaran vaksin Covid-19 tersebut.

"Beberapa mangsa yang pada mulanya terperangkap berjaya diselamatkan. Mayat kesemua mangsa ditemui selepas api berjaya dikawal dan punca kebakaran masih disiasat," kata jurucakapnya.

Iklan

Stesen TV tempatan turut memaparkan asap tebal memenuhi ruang udara di sekitar lokasi kejadian yang terletak di Pune.

Difahamkan, terdapat sembilan bangunan yang masih dalam pembinaan di kompleks terbabit yang bertujuan meningkatkan keupayaan pengeluaran produk institut tersebut.

Iklan

Institut tersebut diasaskan pada 1966 oleh Cyrus Poonawalla dan pernah menghasilkan sehingga 1.5 bilion dos pelbagai vaksin setahun yang kemudiannya dieksport ke lebih 170 negara.

Pada awal bulan lalu, pengawal selia India meluluskan dua vaksin termasuk Covaxin yang dihasilkan firma tempatan, Bharat Biotech.

Minggu lalu, New Delhi melancarkan program vaksinasi terbesar di dunia dan menyasarkan sehingga 300 juta dos suntikan dapat diberikan menjelang Julai depan. - AFP