SYDNEY - AUSTRALIA.Ribuan rumah terputus bekalan elektrik susulan ribut yang melanda Sydney, ia turut menyebabkan kesesakan lalu lintas apabila jalan dan kenderaan ditenggelami air.
Terdahulu, syarikat tenaga Australia melaporkan, lebih 40,000 penduduk terjejas selepas bekalan elektrik terputus, namun setelah keadaan dipulihkan, hanya lebih 5,000 penduduk masih berdepan masalah.
Iklan
Iklan
Sementara itu,pasukan kecemasan dilaporkan menerima lebih 1,000 panggilan bantuan, termasuk sembilan operasi menyelamat di kawasan dilanda banjir di Sydney.
Sistem pengangkutan kereta api di bandar serta beberapa penerbangan di Lapangan Terbang Sydney juga tergendala akibat cuaca buruk.
Hujan lebat dan ribut petir di sebahagian Sydney semalam, berlaku pada masa usaha memulihkan keadaan dijalankan susulan banjir buruk di Queensland minggu lalu, yang menjejaskan ribuan penduduk dan membunuh sejumlah besar haiwan ternakan. - AFP