Hadi Fayyadh ikrar beri terbaik bersama Azul Claro Numazu

Iklan
Hadi Fayyadh.

PENYERANG muda kebangsaan, Hadi Fayyadh Abdul Razak berikrar memberikan persembahan terbaik bersama kelab baharunya, Azul Claro Numazu di J3 League.

Pemain kelab Divisyen 2 Jepun, Fagiano Okayama itu dipinjamkan ke kelab tersebut merupakan antara 10 pemain baharu bagi musim 2021.

Iklan
Iklan

Bagi pemain kelahiran Kuala Lumpur itu, dia tidak sabar untuk untuk memulakan aksi bersama Namazu dan berharap kariernya berjalan dengan baik.

"Saya akan melakukan yang terbaik untuk pasukan ini bagi menghargai peluang yang telah diberikan bersama pasukan ini. Saya tidak sabar bagi memulakan aksi bersama Numazu dan mengharapkan segala yang terbaik bagi musim 2021 ini.

Iklan
Hadi Fayyadh antara 10 pemain baharu pasukan Azul Claro Numazu bagi musim 2021.

"Saya memilih jersi bernombor 27 selepas mendapat nasihat daripada (Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi) Hamada yang mencadangkan kepada saya untuk memilih nombor ini sebagai simbolik yang saya telah jadi lebih baik dari sebelum ini.

"Saya mengharapkan akan dapat beraksi bersama pasukan ini dan mengumpul minit bermain dengan lebih banyak,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Hadi Fayyadh diperkenalkan dalam satu majlis di Pusat Latihan Azul Clara Namazu yang berpangkalan di Wilayah Shizuoka.

Untuk rekod, keputusan untuk meminjamkan Hadi Fayyadh bersama kelab tersebut selepas pihak Fagiano Okayama melakukan perbincangan bersama dia sendiri dan Yakult Malaysia bagi mendapatkan minit perlawanan selain peluang beraksi yang lebih dalam saingan liga.

Ia juga bakal memberikan pengalaman yang berharga kepada Hadi Fayyadh.