Didakwa langgar dengan niat bunuh

Iklan
Tertuduh (kanan) dikawal polis keluar dari mahkamah selepas dituduh.

KOTA BHARU - Seorang mekanik tidak mengaku salah di mahkamah sesyen, di sini, tadi, atas dakwaan cuba membunuh bekas adik ipar dengan melanggar kereta mangsa.

Dakwaan terhadap Muhammad Fahmi Fauzi, 28, dibuat di hadapan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin.

Tertuduh didakwa cuba membunuh Kasmi Irmawan Ariuen, 25, dengan cara melanggar kenderaan dinaiki mangsa di Jalan Kuala Krai-Gua Musang Simpang Sawmill Bonanza, Kuala Krai pada jam 6.40 petang, 23 September lalu.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 27 Disember depan.