Pengusaha bas rayu kerajaan beri moratorium tanpa syarat

Iklan
Che Ibrahim Che Ismail

KOTA BHARU - Persatuan Pengusaha Bas Kelantan menyeru kerajaan mempertimbangkan pemberian bantuan moratorium kepada semua pengusaha bas diteruskan tanpa syarat seperti pelaksanaan fasa pertama pada awal tahun 2020.

Presidennya, Che Ibrahim Che Ismail berkata, tempoh pemberian bantuan juga disyorkan sehingga penularan wabak Covid-19 di negara ini berakhir.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pihaknya amat berharap agar pemberian bantuan moratorium kepada para pengusaha ini turut melibatkan pinjaman yang dibuat dengan syarikat- syarikat kredit, dan tidak hanya terhad kepada institusi-institusi perbankan.

"Pengenaan faedah akibat penjadualan semula pinjaman daripada bank dan syarikat kredit harus turut dikecualikan.

Iklan

"Saya mencadangkan agar pihak kerajaan, dengan kuasa yang ada untuk mengarahkan semua institusi perbankan dan syarikat kredit untuk memberi bantuan moratorium kepada para pengusaha bas seperti cadangan di atas dan pelaksanaannya dipantau secara terus oleh Bank Negara Malaysia, atau agensi-agensi kerajaan yang difikirkan sesuai.

"Saya juga memohon agar pelaksanaan Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas di bawah Syarikat Jaminan Pinjaman Perniagaan seperti Inisiatif 21 yang diumumkan dapat disegerakan.

Iklan

"Selain daripada bas persiaran dan teksi, ia hendaklah turut melibatkan bas ekspres, supaya semua pinjaman daripada syarikat sewa beli dan pajakan dapat distruktur semula bagi menikmati moratorium selama 12 bulan serta pembayaran balik bulanan yang lebih rendah," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Che Ibrahim berkata, pihaknya juga merakamkan penghargaan kepada kerajaan kerana telah mengumumkan pelanjutan untuk tempoh satu bulan Program Subsidi Upah untuk majikan yang beroperasi ketika tempoh PKP.

Malah katanya, bantuan 'one-off' sebanyak RM500 kepada 14,000 pemandu pelancong serta 188,000 pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e- hailing juga sangat dialu-alukan.

"Untuk tujuan yang sama, saya juga berharap bantuan ini turut diberikan kepada pemandu-pemandu bas ekspres yang turut terkesan dengan masalah penularan wabak Covid-19 yang menyebabkan sebilangan besar daripada mereka terpaksa bercuti tanpa gaji, atau diberhentikan.