PUTRAJAYA - Sebanyak 539 projek infrastruktur dirancang oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sepanjang tahun ini meskipun berdepan kekangan penularan pandemik Covid-19.
Menterinya, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, projek tersebut termasuk sambungan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) yang perlu diberi keutamaan, disegerakan dan dipantau rapi.