PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju menggunakan peruntukan Tabung Musa’adah Covid-19 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)-Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) untuk menyumbang RM260,000 kepada agensi mengurus zakat di seluruh negara selain Wilayah Persekutuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam kenyataan pada Jumaat berkata, sumbangan itu sebagai tanda sokongan atas usaha murni mereka membantu golongan yang terjejas ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).