CARACAS - VENEZUELA. Pemimpin pembangkang Venezuela, Juan Guaido tidak menolak kemungkinan campur tangan tentera Amerika Syarikat (AS) di negara itu bagi menggulingkan Presiden Nicolas Maduro.
Dalam temuramah eksklusif bersama AFP semalam, Guaido yang mengisytiharkan dirinya sebagai pemangku presiden tidak menolak 'bantuan' tentera AS demi menyingkirkan pentadbiran Maduro dan pada masa sama menyelesaikan krisis kemanusiaan di Venezuela.