'Covid-19 boys' laksana misi kawal pandemik Covid-19

Iklan
Edouard de Vos dan Oscar Briou laksana misi kawal pandemik Covid-19 di bandar Brussels. - Foto Reuters

BRUSSELS - Setelah kehilangan pekerjaan semasa pandemik Covid-19, dua lelaki digelar 'Covid-19 boys' tampil melaksanakan aktiviti kebajikan dengan kerja-kerja basmi kuman di lokasi tumpuan awam selain memantau penjarakan fizikal serta galakan pemakaian pelitup muka dalam kalangan masyarakat.

Lapor Reuters, Edouard de Vos, 27, dan Oscar Briou, 26, berada di bandar itu dengan mengenakan pakaian pelindungan diri (PPE) serta sarung tangan sibuk ke hulu hilir untuk menyampaikan pesanan khidmat masyarakat agar terus berjaga-jaga semasa pandemik Covid-19.

Iklan
Iklan

Mereka kehilangan pekerjaan pada Mac tahun lalu.

"Kami menghabiskan masa ketika sekatan pergerakan fasa pertama dengan bersantai, namun sesuatu berlaku kepada kami dan semuanya menjadi jelas. Akhirnya kami memperbaiki diri untuk jadi lebih baik," kata bekas pekerja kilang sabun itu.

Iklan

Melalui jalan sekitar bandar, mereka menasihatkan orang ramai untuk kekalkan jarak fizikal dan menegur wanita untuk memakai pelitup muka dengan sempurna.

"Ya anda betul. Benar. Kadang-kadang kita lupa," balas seorang wanita.

Iklan

Bagaimanapun polis Brussels memberitahu tindakan mereka itu baik tetapi lebih bagus ia datang dari saluran rasmi pihak berkaitan.

Belgium adalah antara negara Eropah yang paling terjejas teruk wabak Covid-19 dengan merekodkan lebih 20,000 kematian dengan jumlah keseluruhan 684,000 kes.