Jangan seksa tahanan didakwa pengganas, tegur Mufti Perlis

Iklan
Dr Asri pada Forum Sosma: Siapa Pengganas dan Potensi Salah Guna Kuasa di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, hari ini.

PETALING JAYA - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengingatkan anggota polis yang terlibat dalam penguatkuasaan akta drakonian, agar tidak sewenang-wenangnya menyeksa tahanan yang didakwa sebagai pengganas.

Tanpa menidakkan jasa dan bakti Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjaga keselamatan dan keamanan negara selama ini, Dr Asri turut menasihati, wujud sekelompok anggota polis yang mengendalikan tahanan yang didakwa sebagai pengganas bertindak kasar dengan menyeksa tahanan tanpa bicara seperti itu.

Iklan
Iklan

"Polis ini banyak kerja baik yang telah dibuat terutamanya membabitkan keselamatan, bahkan banyak lagi kebaikan lain dicurahkan kepada negara kita, itu kita tak boleh nafikan jasa PDRM. Namun,apabila kita membicarakan hal-hal seperti tahanan, ada cerita-cerita hitam lain.

"Saya nak ingatkan kepada anggota polis bahawa hidup ini bukan hanya di balai polis sahaja, ketika (polis) ada jawatan, hidup ini luas. Polis juga ada kehidupan, ada anak dan isteri.

Iklan

"Jadi ingatlah seperti mana kita lakukan kepada orang lain, ALLAH itu maha menyaksikan mungkin kita sangka orang lain tak boleh ambil tindakan kepada kita, tapi Tuhan boleh bertindak ke atas kita, menentukan percaturan hidup dan penderitaan kita. Ini bukan ingatan saya saja tapi daripada semua pihak,” katanya dalam Forum Sosma Siapa Pengganas dan Potensi Salah Guna Kuasa di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, hari ini.

Sementara itu, Dr Asri berpendapat memandangkan Malaysia masih belum dapat memberi takrifan dan definisi yang jelas mengenai pengganas dan terrorisme ia secara tidak langsung telah membuka ruang yang luas kepada pihak berkuasa membuat tuduhan sewenang-wenangnya.

Iklan

"Situasi ini telah memberi ruang sebebas-bebasnya untuk pihak berkuasa membuat tuduhan. Walaupun saya tidak bersetuju dengan ‘school of thoughts’ mereka (salafi jihadi) tapi itu tidak menafikan mereka itu untuk mendapat hak yang adil apabila dituduh mesti dibicarakan dengan cara yang adil.

"Kita perlukan satu sistem mahkamah yang memberikan keadilan yang benar-benar tulus.

Selain itu, kita juga perlu ada semak dan imbang supaya anggota-anggota petugas polis ini tidak membuat tuduhan sewenang-wenangnya menggunakan kuasa iaitu kuasa polis untuk tuduhan seperti ini,” tegasnya.