Sekumpulan remaja ditahan disyaki berlumba

Iklan
Antara suspek yang ditahan di Kawasan Perindustrian Jalan Tech Valley 2/2, Sendayan, Negeri Sembilan.

SENDAYAN - Sekumpulan remaja ditahan kerana disyaki berlumba dan menunggang motosikal dalam keadaan melulu serta merbahaya di Kawasan Perindustrian Jalan Tech Valley 2/2, Sendayan, Negeri Sembilan.

Operasi berkenaan dijalankan oleh anggota Unit Risikan serta Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dibantu Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) Seremban.

Iklan
Iklan

Timbalan Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, kumpulan remaja berkenaan didapati melakukan aksi bersaing sesama sendiri sambil menundukkan badan dan aksi zig-zag bermula dari simpang tiga Jalan Tech Valley 2/2, Sendayan sehingga di penghujung jalan Tech Valley 7/2, Sendayan.

"Menerusi siasatan awal yang dijalankan, mereka didapati melakukan aksi tunggangan merbahaya kepada diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain.

Iklan

"Polis kemudian menjalankan siasatan terhadap remaja yang terlibat dengan memperkenalkan diri sebagai pegawai polis serta menunjukkan kad kuasa polis sebaik sahaja kesemua kesemua suspek memberhentikan motosikal di sekitar kawasan perumahan di kawasan tersebut," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, dalam pada itu seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan selepas menunggang sambil melakukan aksi berdiri sebelah kaki di atas motosikal sambil mengangkat tayar hadapan (wheelie).

Iklan

"Suspek didapati melakukan perbuatan tersebut bermula di hadapan Kilang Tong Heng sehingga ke penghujung jalan Tech Valley 7/2, Sendayan. Dia kemudian ditahan pada 7.30 malam ketika berhenti di hadapan sebuah rumah di Taman Gadong Indah, Labu, Negeri sembilan. Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 ke atas empat remaja lelaki terbabit," katanya.