Pengarah JHEAINS nafi solat Jumaat di Masjid At-Taqwa, Paroi langgar SOP

Iklan
Kenyataan JHEAINS berhubung video tular.

SEREMBAN - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menafikan solat Jumaat yang diadakan di Masjid At-Taqwa, Paroi pada Jumaat lalu tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk mengekang penularan Covid-19 seperti yang didakwa dalam satu video tular di aplikasi WhatsApp.

Pengarah JHEAINS, Datuk Mohd Zaidi Ramli berkata, solat Jumaat itu dipantau sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan petugas masjid berkenaan.

Iklan
Iklan

"Berikutan penularan video selepas solat Jumaat di masjid ini, kami ingin menegaskan bahawa sepanjang pemantauan yang dibuat sama ada oleh pihak polis atau penguat kuasa JHEAINS sendiri mendapati jemaah di masjid berkenaan telah mematuhi SOP ditetapkan. Para jemaah membawa sejadah besar sendiri, memakai pelitup muka, mematuhi jarak fizikal yang ditetapkan oleh pihak jawatankuasa semasa berada dalam masjid.

"Hanya satu pintu pagar dibuka untuk laluan masuk ke kawasan masjid. Jawatankuasa masjid telah menyediakan tiga khemah di luar kawasan masjid untuk tujuan melicinkan proses pendaftaran dan mengimbas suhu badan jemaah," katanya dalam satu kenyataan bagi menjawab dakwaan aktiviti solat Jumaat di masjid itu melanggar SOP dalam satu video yang tular menerusi aplikasi WhatsApp pada Sabtu.

Iklan

Mengulas lanjut beliau berkata, tiada sebarang pelanggaran SOP dilaporkan berdasarkan hasil pemantauan yang dibuat oleh pihak polis, penguat kuasa JHEAINS, Rela dan petugas masjid.

"Jemaah juga tidak dibenarkan meletakkan kenderaan dalam kawasan masjid berdasarkan SOP yang ditetapkan. Oleh sebab itu, terdapat banyak kenderaan kelihatan di bahu jalan. Kapasiti sebenar Masjid At-Taqwa tanpa mengambil kira penjarakkan fizikal adalah seramai 3,000 orang, manakala kapasiti dibenarkan dengan penjarakkan fizikal adalah seramai 1,200 orang. Bagaimanapun, jemaah yang dilaporkan hadir pada hari tersebut seramai 900 orang sahaja. Hal ini selaras dengan arahan Kerajaan Negeri Sembilan yang membenarkan rumah ibadah dibuka untuk tujuan ibadah dan bukan untuk upacara keramaian.

Iklan

"Tohmahan sebegini sepatutnya dielakkan oleh umat Islam bagi menjaga kesucian dan kemurnian agama. Setiap individu muslim hendaklah bersama-sama memikul tanggungjawab untuk menjaga kesucian Islam agar tidak diperlekehkan oleh orang lain. Pihak JHEAINS tetap konsisten untuk mengambil tindakan tegas terhadap pelanggaran SOP sama ada oleh individu jemaah atau pihak jawatankuasa masjid," katanya.