Pokok hiasan dicuri, penduduk dakwa rugi ribuan ringgit

Iklan
Mohamad Burhan menunjukkan pasu kolong yang sepatutnya berisi pokok hiasan, dicuri di sekitar rumah keluarganya di Kampung Bukit Cherakah, Jeram, Kuala Selangor pada Selasa.

KUALA SELANGOR - Hasrat seorang posmen untuk menambah pendapatan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menjual pokok hiasan tidak kesampaian apabila tanamannya itu dicuri.

Dalam kejadian di Kampung Bukit Cherakah, Jeram di sini pada Selasa lalu, pokok hiasan milik Mohamad Burhan Jamhuri, 34, yang ditanam di pasu kolong lesap dipercayai dicuri.

Iklan
Iklan

Mohamad Burhan berkata, dia menyedari kehilangan itu pada jam 7.30 pagi ketika berada di rumah keluarganya itu dan sedang bersiap-siap untuk pergi kerja.

"Saya perasan pokok hiasan yang ditanam di dalam pasu kolong di sekitar rumah telah hilang, mungkin dicuri pihak tidak bertanggungjawab.

Iklan

"Apabila saya periksa, saya mendapati kira-kira 13 pokok hiasan terdiri daripada tiga jenis iaitu paku aji, tulang ikan dan cycas revoluta termasuk yang ditanam di tepi dan belakang rumah juga telah dicuri," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Sabtu.

Mohamad Burhan berkata, individu terbabit dipercayai melakukan perbuatan mencuri itu pada awal pagi berikutan penduduk ketika itu masih tidur selain keadaan persekitaran di situ sunyi.

Iklan

"Akibat perbuatan ini, saya rugi ribuan ringgit. Saya juga seolah-olah tidak percaya pokok hiasan yang dijaga dan diberi perhatian hilang begitu saja," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada pengadu berhubung kejadian tersebut.