Rumah setinggan musnah terbakar

Iklan
Anggota bomba memadam kebakaran sebuah rumah setinggan di Jalan Raja Abdullah Sasaran di sini pada Ahad.

KUALA SELANGOR - Sebuah rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Jalan Raja Abdullah Sasaran di sini pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.50 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, seramai lapan pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor kemudian bergegas ke tempat kejadian.

"Sebaik tiba mendapati kebakaran membabitkan sebuah rumah setinggan kelas C musnah 100 peratus," katanya.

Iklan

Beliau memberitahu, tiada mangsa cedera dalam kejadian itu dan kebakaran dapat dikawal pada jam 7.05 pagi.

"Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Iklan