Kebakaran Gunung Baling mula berkurangan

Iklan
Anggota bomba menggunakan jentera ALP untuk padamkan kebakaran di Gunung Baling.
BALING- Keadaan semasa kebakaran di Gunung Baling terkawal dengan hanya tinggal dua atau tiga tompok kebakaran berskala kecil.

Penolong Penguasa Bomba, Ketua Balai Baling, Jamil Mat Daud berkata, 7"water bombing" dibuat pagi tadi menggunakan helikopter MI17.

Menurutnya, bermula esok penggunaan helikopter tidak digunakan melainkan jika keadaan memaksa.

Iklan
Iklan

"Helikopter MI17 kembali semula ke Pengkalan Udara Subang Selangor bagi menjalani pemeriksaan selama seminggu" katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Katanya, operasi hari ini turut menggunakan jentera Aerial Ladder Platform (ALP) bagi memadam kebakaran di lereng-lereng gunung berhampiran penempatan penduduk.

Iklan

"Buat waktu ini kita guna dua kaedah untuk padamkan kebakaran.

"Pertama menggunakan jentera ALP dan kedua memadam kebakaran menggunakan khidmat lebih 85 anggota terdiri anggota bomba, pelbagai agensi dan malim gunung,"katanya.

Iklan