TIGA gol dalam tempoh 10 minit terakhir berjaya mengelak Manchester City diaibkan kelab Liga Kejuaraan Cheltenham Town pada pusingan keempat Piala FA di Waddon Road awal pada pagi Ahad.
Jaringan penyamaan Phil Foden pada minit ke-81 disifatkan sebagai detik kebangkitan The Citizens untuk menang 3-1 biarpun dikejutkan dengan gol pembukaan skuad The Robins hasil jaringan Alfie May pada minit ke-59.
Mengulas lanjut, pengendali City, Pep Guardiola berkata, pihaknya lega dengan keputusan berkenaan biarpun skuad kendaliannya itu menerima tentangan sengit daripada Cheltenham Town.
Malah menurutnya, kesebelasan pemain turut berdepan dengan cabaran dari segi fizikal di sepanjang perlawanan berikutan ramai pemain Cheltenham Town yang kelihatan lebih sasa dan tinggi berbanding kesebelasan City.
"Pada perlawanan itu, setiap lontaran bola (throw-in) ke dalam dilihat lebih penting daripada sepakan sudut kerana pemain-pemain mereka (Cheltenham) memiliki kelebihan fizikal.
"Namun, kita berjaya menangani perkara berkenaan. Ketika Foden menjaringkna gol penyamaan pada minit-81, pemain kita dilihat semakin hebat mengasak dan seterusnya menghasilkan dua gol oleh Gabriel (Jesus) dan (Ferran)Torres,” katanya.
Sementara itu Guardiola Sementara itu Guardiola mengesahkan dia terpaksa melupakan khidmat arkitek tengah The Citizens Kevin De Bruyne pada perlawanan akan datang, beriktuan masalah kecederaan hamstring.
Katanya, berdasarkan laporan perubatan, bintang Belgium dijangka akan akan pulih dalam tempoh empat hingga enam minggu.
"Kita terpaksa lupakan De Bruyne buat seketika, namun kita masih lagi memiliki ramai pemain seperti Foden, Ilkay Gundogan, Riyad Mahrez dan Joai Cancelo yang boleh menggantikan tempatnya.
"Mereka ini dilihat memiliki kualiti tersendiri dengan boleh membantu dan juga menjaringkan gol selain mampu membuat hantaran yang berkualiti,” katanya.