Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary (kanan) melihat sebahagian keperluan harian yang akan diagihkan kepada asnaf sempena majlis Penyerahan Sumbangan Inspirasi Musaadah COVID-19 Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) (Foodbank 2.0) Negeri Kelantan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Kompleks Islam Darul Naim hari ini.
YaPEIM akan menyalurkan sumbangan sebanyak 250 pek berbentuk makanan asas seperti beras, minyak masak, gula, tepung dan sebagainya dengan nilai RM25,000. - Foto Bernama