Kelantan mohon MAIK benarkan 50 jemaah solat Jumaat

Iklan
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Kelantan yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob di Kompleks Kota Darulnaim pada Ahad.

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan akan membuat permohonan dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bagi melonggarkan jumlah individu yang dibenarkan menunaikan solat Jumaat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini.

Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Hussin berkata, sebelum ini had jumlah individu yang dibenarkan solat Jumaat dalam satu-satu masa ialah seramai 12 orang sahaja.

Iklan
Iklan

"Keputusan (permohonan) tersebut diputuskan melalui mesyuarat hari ini (Ahad) dan berharap pihak MAIK dapat mempertimbangkan supaya had individu yang dibenarkan solat Jumaat adalah seramai 50 orang. Permohonan kita akan dibuat dalam waktu terdekat.

"Apa yang penting, setiap individu perlu mengutamakan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan memandangkan pandemik ini sudah hidup dalam masyarakat, maka kita kena sentiasa berjaga-jaga walau di mana dan apa sahaja yang kita lakukan,” katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.

Iklan

Terdahulu, beliau hadir Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Kelantan yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob di Kompleks Kota Darulnaim di sini.

Mengulas lanjut, pihaknya turut mengumumkan kerajaan negeri juga melanjutkan tempoh had operasi premis sehingga jam 10 malam sebagaimana yang diputuskan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Iklan

Bagaimanapun, beliau berkata, mana-mana pemilik stesen minyak yang mahu melanjutkan operasi mereka bolehlah membuat permohonan khusus untuk tujuan tersebut.

Sementara itu, dalam perkembangan yang sama, trend kes jangkitan pandemik tersebut di negeri ini menunjukkan ke arah menurun kepada dua angka berbanding tiga angka minggu lalu.

Katanya, kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) meningkat walaupun statistik turun kepada dua angkat.

"Kita tetap bimbang sebab kes ada dalam masyarakat dan kebolehjangkitannya juga sangat tinggi.

"Buat masa ini, hampir 90 peratus fasiliti di hospital digunakan dan sekiranya kes semakin meningkat, ini membahayakan.

"Fasiliti hospital tidak cukup, sebab itu kami sarankan untuk jaga diri masing-masing, patuh SOP dan jaga kebersihan sebab Covid-19 ini berada di mana-mana,” katanya.