Banyak negara guna vaksin Covid-19 buatan China

Iklan
Vaksin buatan China dipercayai mampu berperanan sebagai penjana keyakinan dan tunjang kepada negara-negara terbabit dalam usaha melawan pandemik Covid-19.

BEIJING - Terdapat sebahagian negara dan wilayah lagi dilaporkan meluluskan pendaftaran dan memberi permit penggunaan kecemasan kepada vaksin Covid-19 buatan China dan baru-baru ini ada yang turut menandatangani perjanjian pembelian.

Vaksin buatan China dipercayai mampu berperanan sebagai penjana keyakinan dan tunjang kepada negara-negara terbabit dalam usaha melawan pandemik Covid-19.

Iklan
Iklan

Menteri Kesihatan Serbia, Zlatibor Loncar menjadi individu pertama di negara ini yang menerima suntikan vaksin keluaran Kumpulan Sinopharm China pada 19 Januari lalu.

Beliau kemudian menyatakan vaksin buatan China antara tiga vaksin Covid-19 yang diberi permit penggunaan di Serbia sebagai vaksin selamat dan berkesan.

Iklan

Pada 18 Januari lalu, Menteri Kesihatan Azerbaijian, Ogtay Shiraliyev juga menjadi orang pertama menerima suntikan vaksin buatan China di negaranya, turut menyaksikan bermulanya pelaksanaan program pemvaksinan kebangsaan fasa pertama.

Dalam perkembangan lain, Agensi Penyeliaan Kesihatan Nasional Brazil (ANVISA) mengadakan sidang khas pada 17 Januari lalu untuk memberi permit penggunaan kecemasan kepada vaksin buatan China. Seterusnya, pemvaksinan kumpulan pertama dijalankan di Hospital Universiti Sao Paulo.

Iklan

Untuk rekod, vaksin Covid-19 buatan China juga telah mendapat permit penggunaan kecemasan di Chile, Pakistan dan Iraq baru-baru ini. - Bernama