Berang dikompaun, lelaki simbah air panas kepada penguat kuasa

Iklan
Anggota penguat kuasa MPM mengeluarkan saman terhadap pemilik kedai makan kerana melanggar SOP dengan membenarkan pelanggan makan di kedainya di Jalan Omar, Parit Jawa, Muar pada malam Jumaat.

MUAR - Seorang lelaki bertindak menyimbah air panas bercampur minyak kepada anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Muar (MPM) kerana berang selepas kedai makan milik isterinya di Jalan Omar, Parit Jawa di sini dikompaun pada Jumaat.

Yang Dipertua MPM, Mustaffa Kamal Shamsudin berkata, kejadian itu berlaku ketika anggota penguat kuasa berada di dapur sebelum lelaki berusia 40-an terbabit menyimbah air panas bercampur minyak dari kuali, namun berjaya dielak.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dalam kejadian jam 9.30 malam itu, pemilik kedai makan berkenaan dikompaun kerana membenarkan pelanggan makan di kedainya.

"Tindakan lelaki berkenaan tidak terhenti setakat itu apabila dia mengekori kenderaan peronda penguat kuasa sehingga ke stesen minyak dengan menaiki motosikal tanpa memakai helmet.

Iklan

"Lelaki ini kemudian menghamburkan kata-kata kesat kepada anggota penguat kuasa yang bertugas. Siasatan mendapati lelaki ini adalah suami kepada pemilik premis itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Beliau berkata, premis berkenaan didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan dikompaun RM1,000.

Iklan

Susulan kejadian itu katanya, pihak MPM membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar pada jam 8.51 pagi Sabtu.

Mustaffa menasihati orang awam dan peniaga supaya tidak bertindak agresif ke atas penjawat awam yang sedang menjalankan tugas.

"Kelonggaran telah diberikan, jangan jadi punca penularan Covid-19. Kerjasama padu semua pihak amat penting dalam usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 dengan mematuhi SOP," katanya.