Bangkai penyu agar tanpa usus ditemui

Iklan

LABUAN - Bangkai seekor penyu agar yang juga dikenali sebagai penyu hijau ditemukan di Pantai Pohon Batu di sini dengan usus didakwa dikeluarkan dari perut.

Spesis haiwan laut terancam itu ditemui penduduk Kampung Pohon Batu Manikar pagi semalam dan terus melapurkan pemenuan itu kepada Jabatan Perikanan pada 1.15 petang hari yang sama.

Iklan
Iklan

Penemuan itu mengejutkan pihak Taman Laut Labuan, aktivis pemuliharaan penyu serta penduduk kampung yang menggesa siasatan menyeluruh dilakukan terhadap sebarang unsur pemburuan haram penyu bagi telur dan daging.

Pengarah Jabatan Perikanan Labuan Faizal Suhaili Ibrahim berdasarkan siasatan awal tidak menunjukkan perbuatan khianat namun siasatan menyeluruh akan dilakukan.

Iklan

"Suasatan awal menjunjukkan tiada kerosakan pada cengkerang penyu itu dan kes itu telah dirujuk kepada Pusat Ekosistem Marin Kementerian Perikanan di Rantau Abang Terengganu.

"Saya telah berbincang dengan para pegawai TUMEC mengenai perkara itu namun mereka mengatakan agak sukar untuk menentukan punca penyu itu mati kerana bangkainya telah reput yang menghalang proses mengambil spesimen,” katanya.

Iklan

Faizal berkata kertas siasatan telah dibuka dan meminta orang ramai serta nelayan menyalurkan maklumat kepada pihak jabatan.

Diklasifikasikan sebagai menghadapi bahaya kepupusan, penyu agar menghadapi ancaman pencurian telur, pemburuan haram dan tersangkut di jaring nelayan.- Bernama