Tak perlu risaukan kami: Klopp

Iklan
Klopp

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp mengharapkan penyokong tidak gusar dengan prestasi kurang memuaskan yang dipamerkan The Reds selepas tewas 2-3 kepada Manchester United dalam aksi pusingan keempat Piala FA di Old Trafford pada Isnin.

Menurutnya, walaupun sukar menerima kekalahan kepada musuh tradisi mereka itu, namun Klopp percaya pasukannya sedang berada di landasan betul untuk kembali bangkit selepas ini.

Iklan
Iklan

"Saya melihat banyak langkah yang telah kami buat dalam beberapa perlawanan lalu. Ia (kekalahan) sudah tentu bukanlah sesuatu yang kami harapkan. Ia sangat mengecewakan.

"Saya akui kami tidak berada pada tahap terbaik, tetapi kami sedang memperbaiki persembahan dan berada pada landasan yang betul. Jadi, anda tidak perlu risau tentang kami kerana sebagai satu pasukan kami tetap bersama," katanya.

Iklan

Dalam perlawanan tersebut, Mohamed Salah membuka tirai jaringan terlebih dahulu buat pasukan pelawat pada minit ke-18 sebelum disamakan Mason Greenword pada minit ke-28.

Penyerang United, Marcus Rashford meletakkan United kembali di hadapan sebelum sekali lagi disamakan Mohamed Salah. Namun, Bruno Fernandes menjadi pemusnah buat The Reds apabila menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan percuma pada minit ke-78.

Iklan

Kekalahan kepada United itu melebarkan rekod buruk The Reds selepas gagal meraih kemenangan dalam enam perlawanan berturut-turut termasuk tewas di laman sendiri kepada Burnley dalam saingan Liga Perdana inggeris (EPL) baru-baru ini.

Mengulas mengenai perlawanan tersebut, Klopp mengakui banyak kesilapan yang dilakukan para pemainnya selain kurang bersedia terutama menanngkis serangan pantas daripada United.

"Saya memang berpuas hati dengan banyak aspek daripada pemain, tetapi sudah tentu ada beberapa kelemahan yang kami perlu perbaiki.

"Jika anda mahu menang hari ini, anda perlu berada pada tahap terbaik. Kami tidak mencapai tahap tersebut.Contohnya untuk gol pertama, kami terlalu ingin menyerang dan akhirnya kami dihukum.Ia sesuatu yang kami perlu ubah," katanya.