Mason Mount layak memimpin Chelsea

Iklan
Mount menjadi antara pemain muda diberikan peranan sebagai kapten pasukan selepas John Terry memainkan peranan itu pada usia 21 tahun.

PENGENDALI Chelsea, Frank Lampard menjangkakan Mason Mount akan lebih kerap memakai lilitan kapten pada masa akan datang selepas berjaya membantu kelab itu membenam Luton 3-1 dalam aksi Piala FA pada Ahad.

Dengan ketiadaan kapten The Blues, Cesar Azpilicueta, pemain berusia 22 tahun itu menjadi pemain termuda mengenakan lilitan ketua pasukan sejak legenda mereka, John Terry diberikan peranan tersebut pada usia 21 tahun.

Iklan
Iklan

Lampard berkata, dia bangga dengan cara Mount memikul tanggungjawab dan meletakkan kepercayaan kepada pemain England itu selepas menunjukkan peningkatan sejak menyertai Chelsea.

"Ia berlaku dengan pantas di bilik persalinan. Saya menghampirinya dan melilitnya di bahagian lengan baju. Dia layak untuk memakainya.

Iklan

"Dia bermain seperti seorang kapten dan prestasi di atas padang melayakkan dia untuk diberikan peranan itu. Jiwanya bersama Chelsea dan dia sangat sayangkan pasukan ini.

"Pada saya untuk menjadi kapten atau pemimpin bagi pasukan dalam perlawanan, anda tidak boleh memaksa orang melakukannya tetapi ia datang daripada kematangan pemain itu sendiri. Musim lalu dia cemerlang tetapi musim ini dia naik ke satu tahap yang lain.

Iklan

"Masa depannya cerah dengan kelab dan pasukan antarabangsa. Biasanya setiap pemain akan menunggu dan diberikan peranan itu mengikut hierarki. Tetapi saya jangkakan ini bukan kali terakhir buatnya,” katanya.