Frontliner kemalangan: Dr Adham beri kata-kata semangat

Iklan
Laporan Sinar Harian berkaitan insiden kemalangan menimpa pegawai perubatan, Mohd Asri Jamil, Sabtu minggu lalu.

KUALA LUMPUR - Seorang pembantu pegawai perubatan yang bertugas di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani cedera selepas terlibat dalam kemalangan apabila motosikal yang dinaikinya merempuh batu pengadang jalan dekat Jambatan Kuala Lesung, Kuala Ketil.

Berita yang menimpa Mohd Asri Jamil, 43, itu dikongsikan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dalam satu status Facebook rasminya pagi tadi.

Iklan
Iklan

Dr Adham berkata, Mohd Asri yang dalam perjalanan dari arah Felda Teloi Kanan menghala ke arah Sungai Petani telah mengalami kecederaan dilututnya dalam kemalangan tersebut.

"Mohd Asri telah selamat menjalani pembedahan dan sedang dirawat di hospital. Pihak pejabat Menteri Kesihatan telah menziarahi Mohd Asri, saya dan seluruh warga KKM mendoakan kesihatan dan kesembuhan yang sempurna buat En Mohd Asri," katanya.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Papan tanda amaran sudah diletakkan sebelum kemalangan

Dr Adham juga memberi kata-kata semangat kepada barisan hadapan KKM dalam terus menjalankan tugas yang penuh dugaan dan cabaran terutama dalam situasi pandemik Covid-19 kini.

Iklan

"Bersabar dan bertabahlah, moga ALLAH SWT memberkati usaha murni kita selama ini”," katanya. - Bernama