Chelsea pecat Lampard

Iklan
Lampard

CHELSEA telah memecat pengendali pasukan itu, Frank Lampard susulan persembahan kurang memberangsangkan The Blues dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Pemilik pasukan, Roman Abramovich berkata, ia merupakan keputusan sukar yang terpaksa dibuat apatah lagi Lampard merupakan legenda kelab tersebut.

Iklan
Iklan

"Ini adalah keputusan yang sangat sukar bagi kelab, terutamanya kerana saya mempunyai hubungan peribadi yang sangat baik dengan Frank dan saya sangat menghormatinya.

"Dia adalah seorang yang berintegriti tinggi dan mempunyai etika kerja tertinggi. Walau bagaimanapun, dalam keadaan semasa kami percaya adalah lebih baik untuk menukar pengurus.

Iklan

"Bagi pihak semua orang di kelab dan secara peribadi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Frank atas kerjanya sebagai ketua jurulatih dan mengucapkan semoga berjaya pada masa hadapan. Dia adalah ikon penting kelab hebat ini dan statusnya di sini tetap tidak dapat dinafikan. Dia akan selalu disambut dengan mesra di Stamford Bridge," katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, siapa pengganti Lampard masih belum diumumkan dengan bekas pengendali Paris Saint Germain (PSG), Thomas Tuchel dikatakan sebagai pilihan utama Chelsea.

Iklan

Lampard mula membimbing Chelsea sejak 2019 namun, gagal membawa sebarang kejuaraan selain perbelanjaan besar yang dilakukan pada awal musim ini tidak membuahkan hasil yang dimahukan pengurusan kelab.