Pulau Pinang batal rumah terbuka tahun baharu Cina ketua menteri

Iklan

GEORGETOWN - Kerajaan Negeri Pulau Pinang membatalkan cadangan untuk mengadakan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Ketua Menteri yang dijadualkan berlangsung pada 13 Februari depan.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Teh Lai Heng berkata, keputusan itu dibuat berikutan ketidaktentuan situasi semasa penularan pandemik Covid-19 ketika ini.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun menurutnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, penganjuran Sambutan Tahun Baharu Cina (Miao Hui) 2021 yang dirancang secara maya selama sembilan hari bermula 12 Februari akan diteruskan seperti yang telah dirancang.

"Sepanjang tempoh tersebut, tiada penganjuran acara secara fizikal namun orang ramai masih boleh merasai pengalaman baru ini menerusi platform online.

Iklan

"Kerajaan negeri ingin memaklumkan kepada semua ADUN, ahli Parlimen serta pemimpin masyarakat untuk mematuhi prosedur standard operasi (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar tidak menganjurkan sebarang majlis rumah terbuka atau majlis keraian yang melibatkan perhimpunan awam walaupun secara kecil-kecilan,"katanya menerusi satu kenyataan di sini pada Isnin.

Setakat ini, sebanyak 7,275 kes Covid-19 telah dilaporkan di Pulau Pinang dengan melibatkan 11 kes kematian dan sebanyak 110 kes baharu dilaporkan pada Isnin.

Iklan