Aktiviti laut dalam PKP 2.0

Iklan
Kelihatan bot nelayan pulang membawa hasil tangkapan laut untuk dijual ketika tinjauan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di Jeti Sungai Kajang Baru Tanjung Karang.

Dalam pelaksanaan PKP 2.0 aktiviti perikanan dibenarkan hanya kepada Perikanan Tangkapan, Perikanan Darat, Alkuakultur dan Import Eksport (ikan, produk ikan, ikan hiasan serta makanan ikan) seperti yang dinyatakan dalam laman rasmi Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).

Bagaimanapun aktiviti memancing tidak dibenarkan bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 berikutan PKP 2.0 yang bermula 13 Januari lalu sehingga 4 Februari 2021.

Iklan
Iklan