IPOH - Seorang anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh, di sini atas 43 pertuduhan rasuah pada Selasa.
Tertuduh, Zubairi Abdul Mutalib, 60, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan serentak bersama 43 pertuduhan pilihan di hadapan Hakim Priscilla Hemamalini.