‘Naikkan kain rentang kerja orang luar’

Iklan
Tangkap layar hantaran di Facebook Ahmad Shabery Cheek pada Selasa.

SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mendakwa tindakan mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk berundur dengan menaikkan kain rentang adalah tindakan pengecut dan dilakukan oleh pihak yang berada di luar parti.

Beliau berkata, UMNO sebagai sebuah parti yang melahirkan banyak pemimpin mempunyai kaedah dan adab yang tersendiri dalam proses pertukaran pemimpin.

Iklan
Iklan

Menurutnya, jika dibandingkan dengan parti lain di dalam negara, UMNO disifatkan sebagai parti yang paling dinamik dan demokratik dalam menjalankan proses perubahan kepimpinan.

"UMNO paling banyak memiliki pemimpin. Bukan semata-mata kerana usianya yang panjang tetapi kerana ia parti paling dinamik. Kalau perlu berubah, ia ada kaedah tersendiri dengan adab tersendiri.

Iklan

"Pas, DAP dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) tidak banyak berubah dari segi kepimpinan. DAP dan PKR kata paling demokratik, tetapi pemimpinnya hanya berlegar di kalangan anak-beranak.

"Presiden UMNO tidak pernah dijatuhkan dengan kain rentang. Baling batu sembunyi tangan mestinya kerja orang luar. Pastinya ia lebih menyatukan UMNO,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Selasa.

Iklan

Terdahulu, tular di media sosial beberapa gambar yang menunjukkan penggantungan kain rentang di beberapa beberapa tempat mendesak Ahmad Zahid meletakkan jawatan.

Bagaimanapun, beberapa kenyataan daripada pemimpin bahagian UMNO yang didakwa menaikkan kain rentang tersebut telah menafikan perbuatan tersebut.

Desakan supaya Ahmad Zahid meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO mula dibuat secara terbuka oleh beberapa pemimpin bahagian parti itu sejak beberapa minggu lalu.

Tindakan tersebut dipercayai bermula akibat daripada kegagalan dan dolak-dalik kepimpinan parti dalam menguruskan kerjasama antara UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Pas.