Hussamuddin panel Ruang Bicara Jihad Hapuskan Rasuah

Iklan

SHAH ALAM - Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub akan menjadi seorang daripada panelis jemputan untuk slot Ruang Bicara Jihad Hapuskan Rasuah yang akan disiarkan secara langsung pada malam ini.

Turut menjadi panelis pada program sama ialah Penolong Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Celemans Kasim.

Iklan
Iklan

Program yang akan dihoskan oleh Sherkawi Jirim itu akan berlangsung selama sejam bermula 9 malam di platform Facebook dan YouTube Bernama TV.

Program tersebut bakal mengupas beberapa isu berkaitan salah laku rasuah menurut perspektif kedua-dua panel jemputan.

Iklan

Pada 16 Januari lalu, Hussamuddin melancarkan kempen atau gerakan yang dinamakan Sinar Untuk Malaysia #KarakterNilaiMoralBangsa bagi membanteras rasuah dan berjaya mendapat respons positif daripada pelbagai pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tidak bertujuan untuk mengambil alih tugas mana-mana pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sebaliknya gerakan massa oleh Sinar Harian dengan mewujudkan Sinar Rasuah Busters itu sebenarnya sebagai pembuka laluan bagi mengajak rakyat bangkit membanteras rasuah.

Iklan

Idea gerakan memulihkan moral bangsa tercetus dengan melihat kereputan sistem nilai, integriti dan 'bad governance' dalam negara ketika ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Gerakan memulihkan moral bangsa