Perusuh ves kuning hilang tangan

Iklan
Bomba memadam kebakaran beberapa kenderaan yang dilakukan perusuh di Bordeaux, semalam.

PARIS - PERANCIS. Seorang penunjuk perasaan mengalami cedera parah di tangan selepas mengutip 'flash ball' yang dilepaskan polis anti-rusuhan ketika menyuraikan perhimpunan ves kuning di Paris, semalam.

Tunjuk perasaan anti-kerajaan di ibu negara Perancis itu telah memasuki minggu ke-13.

Iklan
Iklan

Seorang saksi mendakwa, sebelum kejadian polis telah melepaskan gas pemedih mata dan flash ball ke arah penunjuk perasaan.

"Sebutir flash ball jatuh dihadapan lelaki berkenaan, dia mengutipnya namun ia tiba-tiba meletup ketika dia cuba membalingnya semula ke arah polis.

Iklan

"Letupan itu menyebabkan tangannya hancur," kata saksi berkenaan.

Difahamkan, pengunaan flash ball untuk menyuraikan perusuh telah diharamkan beberapa negara di Eropah.

Iklan

Pentadbiran Presiden Emmanuel Macron sebelum ini membenarkan polis menggunakan flash ball sekiranya tunjuk perasaan bertukar ganas dan tidak terkawal. - Agensi