China kerah DF-26 IRBM

Iklan
China mendakwa penempatan sejumlah besar pelancar DF-26 IRBM itu untuk tujuan latihan ketenteraan. - Foto Agensi

BEIJING - China telah menempatkan sejumlah besar pelancar misil balistik jarak pertengahan (IRBM) ke kawasan timur dan barat negara itu selepas ketegangan semakin meningkat antara Amerika Syarikat (AS) dan India yang dikhuatiri akan mencetuskan Perang Dunia Ketiga.

The South China Morning Post melaporkan imej satelit menunjukkan pelancar DF-26 IRBM dihantar buat pertama kali ke tapak latihan ketenteraan di wilayah Shandong.

Iklan
Iklan

Beijing dalam satu kenyataan menyatakan penempatan sejumlah besar pelancar canggih itu untuk latihan intensif pasukan tentera mereka.

Namun, tindakan China itu telah mencetuskan kebimbangan berikutan lokasi yang dipilih itu didakwa meletakkan India, pangkalan Tentera Laut AS dan stesen tentera di Jepun dalam jangkauan pelancar tersebut yang dilengkapi kepala peledak nuklear atau konvensional yang boleh mencapai sasaran dalam lingkungan 5,000 kilometer.

Iklan

Minggu lalu, Ketua Editor Kanwa Defence Review, Andrei Chang mendedahkan Pasukan Roket China menempatkan kira-kira 16 pelancar untuk DF-26 IRBM ke pangkalan tentera Qingzhou di Shandong dan di Korla, wilayah Xinjiang.

Beijing sekali lagi mendakwa langkah itu bertujuan untuk latihan tembakan peluru berpandu di kawasan tidak berpenghuni di gurun Gobi.

Iklan

Pertelingkahan antara pasukan tentera China dan India kembali tercetus selepas konflik reda selama enam bulan di sempadan Himalaya yang menjadi pertikaian antara kedua-dua negara yang turut menyaksikan beberapa anggota keselamatan cedera. - Agensi