PPHP bantu petani pasarkan produk

Iklan
Ronald (tiga dari kiri) dan Timbalan Menteri MAFI 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah (tiga dari kiri) melihat cili yang terdapat di PPHP PPK Kuala Langat.

KUALA LANGAT - Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian (PPHP) yang diwujudkan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) berperanan besar dalam membantu petani memasarkan dan menjual sendiri produk mereka secara terus kepada pengguna dengan harga berpatutan.

LPP dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan, PPHP merupakan pusat pengumpulan hasil keluaran pertanian dan platform bagi ahli-ahli peladang menyelesaikan masalah berkaitan pemasaran yang dihadapi.

Iklan
Iklan

"PPHP penting dalam membantu mengurangkan penglibatan orang tengah yang menguasai 10 peratus 30 peratus pulangan ke atas setiap jualan. Ia juga menjamin kecukupan bekalan dan pengedaran agromakanan serta membantu dalam meluaskan pasaran produk makanan ke pasar raya,” katanya.

Pada Selasa, Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee melawat PPHP di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat bagi melihat sendiri operasi pusat itu yang berperanan membantu memasarkan hasil-hasil pertanian.

Iklan
Ronald (dua dari kiri) dan Timbalan Menteri MAFI 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah (kiri) mendengar taklimat mengenai 'smart farming' ketika melawat PPHP PPK Kuala Langat pada Selasa.

LPP berkata, sehingga kini, PPHP PPK Kuala Langat mempunyai rangkaian pemasaran yang luas meliputi pasaran ke rangkaian Segi Fresh, Pasaraya Giant, pasar borong dan pasar tani di Selangor.

Mengulas lanjut, LPP berkata, sebanyak 1.3 juta polibag cili telah diusahakan oleh 700 petani dan hasilnya telah dipasarkan ke PPHP PPK Kuala Langat sekali gus membantu nya dalam memenuhi keperluan pasaran khususnya pasaran cili dalam negara.

Iklan

"Dalam mendepani wabak Covid-19, PPHP PPK Kuala Langat telah mengambil inisiatif menyediakan khidmat pengangkutan ‘coldtruck’ dan lori biasa mengikut kesesuaian untuk membawa hasil-hasil pertanian yang dikeluarkan oleh peladang,” katanya.

Katanya, perkhidmatan yang disediakan di PPHP PPK Kuala Langat ini bukan sahaja dapat memastikan hasil keluaran peladang terjamin malah dapat memastikan peladang mendapat pulangan yang memuaskan daripada usaha yang dijalankan.

"PPHP juga akan menjadi pemangkin bagi menggalakkan dan mendorong peladang untuk menceburi bidang pertanian berskala besar dengan menggunakan teknologi moden yang sesuai,” katanya.