Tentera Israel rangka pelan serangan kemudahan nuklear Iran

Iklan
Gambar fail menunjukkan ruang dalam sebuah loji nuklear milik Iran di Bushehr di selatan negara itu. - Foto AFP

BAITULMUQADDIS - Ketua Tentera Israel, Jeneral Aviv Kochavi berkata pada Selasa bahawa beliau mengarahkan pelan-pelan pilihan dirangka dengan tujuan bagi melakukan serangan ke atas kemudahan nuklear Iran.

Kochavi berkata, beliau juga mengarahkan pihak tentera menyediakan beberapa pelan operasi sebagai tambahan kepada pelan yang sedia ada.

Iklan
Iklan

"Pilihan untuk melakukan serangan (ke atas kemudahan nuklear Iran) perlu disediakan," katanya seperti dilaporkan oleh AFP.

Iran yang merupakan musuh Israel bersetuju pada tahun 2015 untuk memeterai program nuklear bersama Britain, China, Jerman, Rusia dan Amerika Syarikat (AS).

Iklan

Perjanjian itu akan menyebabkan sekatan ke atas Teheran ditarik balik bagi membolehkan para penyiasat antarabangsa melakukan pemeriksaan ke atas program nuklear negara tersebut.

Sehingga kini, Iran memberi jaminan ia tidak akan berusaha menghasilkan bom nuklear dan hanya melaksanakan satu program nuklear untuk membekalkan tenaga kepada penduduk awam.

Iklan

Namun, Israel kerap menentang perjanjian tersebut dan pada tahun 2018, Presiden AS ke-45, Donald Trump menarik negaranya daripada menjadi anggota perjanjian berkenaan dan mengenakan sekatan ekonomi ke atas Iran.

Sebagai tindak balas, Teheran menjauhkan negaranya daripada melaksanakan komitmen utama dalam perjanjian tersebut manakala Presiden baharu AS, Joe Biden pula memberikan petunjuk beliau mahu menyelamatkan perjanjian itu

Pihak berkuasa Israel berasa bimbang dengan tindakan Iran itu.

"Sebarang perjanjian yang mirip dengan perjanjian (nuklear) pada tahun 2015 merupakan satu perkara buruk sama ada secara strategik dan operasi.

"Tekanan ke atas Iran perlu terus dilakukan. Iran tidak seharusnya mempunyai kemampuan untuk membina sebuah bom nuklear," kata Kochavi ketika bercakap dalam satu mesyuarat kendalian Institut Kajian Keselamatan Kebangsaan.

Ketua Tentera Israel itu juga berkata, negara Yahudi itu telah melakukan 500 sasaran serangan di Asia Barat pada tahun lalu. - Agensi