KUALA LUMPUR - AirAsia X memberi amaran kepada orang awam mengenai mesej penipuan melalui aplikasi WhatsApp yang melibatkan AirAsia X atau syarikat berkaitannya, meminta penerima untuk membuat bayaran ke dalam akaun yang dikatakan milik salah sebuah syarikat pengurusan kredit.
AirAsia X dalam satu kenyataan pada Rabu ingin menekankan bahawa syarikat dan kakitangannya sama sekali tidak mempunyai penglibatan dengan amalan penipuan itu dan tidak pernah melakukan permintaan sedemikian.