Wujud talian panggilan khas tumpu OKU

Iklan
Ras Adiba - Foto fail Bernama

SHAH ALAM - Ahli Dewan Negara, Senator Ras Adiba Radzi mencadangkan agar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mewujudkan satu talian panggilan khas yang tertumpu hanya kepada komuniti orang kurang upaya (OKU).

Menurutnya, tindakan tersebut perlu dilakukan berdasarkan kajian di peringkat antarabangsa yang menunjukkan komuniti OKU antara golongan berisiko tinggi untuk mengalami 'suicidal ideation' akibat kemurungan serius ketika pandemik.

Iklan
Iklan

"Menurut 'World Report of Disability', menunjukkan 50 peratus OKU tidak mampu mendapatkan rawatan kesihatan dan menghadapi cabaran yang menghalang akses mereka ke perkhidmatan itu.

"Dengan mewujudkan talian panggilan khas ini, ia membolehkan komuniti OKU untuk berhubung terus dengan pakar psikiatri dan pakar kaunseling bagi berkongsi masalah yang dihadapi serta mendapatkan perkhidmatan telekaunseling,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata, pihak kerajaan mahupun orang awam perlu memahami bahawa situasi mencabar akibat pandemik Covid-19 menyebabkan sebilangan besar OKU terpaksa menghadapi kesukaran serta tertekan memandangkan wabak sebegini tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Dalam pertempuran melawan Covid-19, juga penting untuk mengikuti semboyan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai hak orang kurang upaya,"Tiada apa-apa tentang kita, tanpa kita".

Iklan

"Kita boleh melawan pandemik ini bersama-sama. Usah tinggalkan komuniti orang kurang upaya,” katanya