Pasar pagi kumpul dana biaya pembangunan masjid

Iklan
Mohd Noor (dua, kanan) dan Setiausaha masjid, Jamaludim Suaid bersama pelajar tahfiz yang membuka gerai di masjid berkenaan.

JITRA - Masjid Sharifah Fatimah, Kemunting di sini menganjurkan pasar pagi di pekarangan masjid bagi mengumpul dana membiayai aktiviti dan pembangunan masjid.

Biro Pembangunan dan Ekonomi masjid berkenaan, Mohd Nor Zakaria berkata, pasar pagi itu diadakan pada setiap Sabtu bermula jam 7.30 pagi hingga 1 tengah hari.

Iklan
Iklan

Katanya, program pasar pagi ini mula dilancarkan awal tahun lalu dengan jumlah peniaga melebihi 100 orang setakat ini.

"Pelbagai barangan keperluan seperti ikan, sayur, makanan, pakaian dan produk Muslim dijual di sini.

Iklan

"Ia bertepatan dengan tanggungjawab melaksanakan fardu kifayah dengan menyokong produk Muslim yang bersih dan halal," katanya.

Menurutnya, pihak masjid juga masih membuka peluang kepada mana-mana peniaga yang berminat untuk berniaga di pasar pagi ini.

Iklan

"Sekarang ini juga kita menawarkan promosi tiga bulan percuma tanpa apa-apa bayaran kepada pihak masjid.

"Sebenarnya ia bukan bayaran, ia lebih kepada sumbangan kerana wang berkenaan akan dimasukkan dalam tabung masjid. Jadi dalam kata yang mudah, sambil berniaga, kita juga bersedekah kepada masjid," katanya.

Orang ramai yang ingin berniaga boleh menghubungi Mohd Nor di talian 012-4746959.