Suasana lengang di perkarangan Kuil Sri Subramaniar Swamy Batu Caves yang ditutup berikutan penganut agama hindu dilihat mematuhi arahan yang ditetapkan kerajaan agar tidak berkumpul sempena sambutan Thaipusam dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika tinjauan malam hari ini.
Sambutan Thaipusam di Malaysia yang selalunya meriah, kali ini terkesan oleh pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara kecuali Sarawak, yang dikuatkuasakan bagi membendung penularan wabak itu. Buat pertama kali, tidak akan kelihatan kebanjiran pengikut setia Dewa Murugan pada sambutan Khamis ini, khasnya di tiga lokasi utama iaitu di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, Selangor, Kuil Sri Arulmigu Balathandayuthabani di Pulau Pinang dan Kuil Arul Subramaniar Gunung Cheruh, Ipoh, Perak.