Pasar Port Dickson terbakar

Iklan
Keadaan api marak dalam kejadian kebakaran bahagian bawah Pasar Port Dickson awal pagi Khamis.

PORT DICKSON - Pasar Port Dickson (PD) di sini terbakar dalam kejadian awal pagi Khamis.

Ketua Operasi Bomba Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Pegawai Bomba Kanan II, Mohamad Rosman Nor bagaimanapun berkata, kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 3.20 pagi itu hanya membabitkan bahagian bawah pasar sahaja.

Iklan
Iklan

Katanya, sepasukan 11 anggota bomba termasuk pegawai bertugas bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 3.26 pagi dan tiba seminit kemudian.

Sebanyak 30 peratus bahagian bawah pasar Port Dickson musnah dalam kebakaran awal pagi Khamis.
Iklan

"Bahagian atas Pasar PD ini tidak terjejas dan kebakaran hanya berlaku 30 peratus sahaja serta tidak membabitkan kecederaan kerana operasi di pasar itu belum bermula,"katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Menurutnya, api dapat dikawal sepenuhnya pada jam 4.12 pagi dan jumlah kerugian serta punca kejadian masih dalam siasatan.