Usahawan rempeyek Shahrizam Samsudin, 36, memantau pekerjanya yang melakukan proses menggoreng rempeyek ketika ditemui di Kampung Padang Limau Nipis, Bukit Payong hari ini.
Shahrizam berkata wang Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sebanyak RM1,600 yang diterima pada April tahun lalu adalah 'talian hayat' buat dirinya untuk meneruskan kelangsungan hidup kerana hanya itu sahaja wang tunai yang masih dimiliki untuk meneruskan perniagaan secara kecil-kecilan.