Rasuah: Indonesia di tangga ke-102 indeks CPI

Iklan
Bekas menteri Kabinet Indonesia, Edhy Prabowo (kanan) terpalit dengan skandal rasuah pada tahun lalu. - Agensi

JAKARTA - Kedudukan Indonesia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia bagi tahun 2020 jatuh ke tangga 102 berbanding 85 pada tahun 2019.

Kedudukan terbaharu itu menyaksikan Indonesia berkongsi kedudukan dengan negara Afrika Barat, Gambia.

Iklan
Iklan

Pengurus Penyelidikan Transparency International Indonesia (TII), Wawan Suyatmiko berkata, republik itu mencatatkan skor 37 daripada 100 mata.

"Skor CPI Indonesia bagi tahun 2020 jatuh tiga mata berbanding tahun sebelumnya.

Iklan

"Kita tidak boleh menganggap kedudukan ini sebagai biasa-biasa sahaja sebaliknya ia perlu dirisaukan," kata Wawan.

Pada tahun 2018, Indonesia mencatatkan skor 38 untuk berada di kedudukan ke-89.

Iklan

Setahun selepas itu, Indonesia mengalami kenaikan dengan 40 mata bagi kedudukan ke-85.

Skor dan kedudukan CPI adalah berdasarkan 13 tinjauan dan penilaian pakar yang mengukur persepsi tahap rasuah dalam sektor awam di Indonesia negara pada skala sifar (dianggap paling rasuah) sehingga 100 (dianggap paling bersih).

Dalam kalangan negara ASEAN, Singapura berada di tangga teratas diikuti Brunei (ke-35) dan Malaysia (ke-57).

Satu-satunya negara dari Asia yang berada di kedudukan 10 teratas ialah Singapura. - Agensi