Ajal selepas pulang dari kuil

Iklan
Perodua Myvi dipandu mangsa yang terbabas sebelum merempuh sebatang pokok di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang pada Khamis.

PASIR GUDANG - Seorang remaja yang baru pulang bersembahyang di sebuah kuil sempena Thaipusam maut apabila kereta dipandunya melanggar pokok di Persiaran Bayu, Bandar Seri Alam di sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, M Thamilselvan, 18, yang memandu kereta Perodua Myvi terbabas sebelum merempuh sebatang pokok.

Iklan
Iklan

Kemalangan tersebut mengakibatkan kereta mangsa seakan 'melekat' pada pangkal pokok, sementara mangsa tersepit di tempat duduk pemandu.

Seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang membabitkan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmantan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Iklan

Komander Operasinya, Penguasa Bomba Kanan II Shoromi Salih berkata, pihaknya mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba. Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Iklan

"Operasi tamat pada jam 3.09 petang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.