Remaja didakwa bawah ISA rancang serang dua masjid

Iklan
K Shanmugam - Foto CNA

SINGAPURA - Seorang remaja rakyat Singapura ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa merancang melakukan tindakan keganasan di dua buah masjid tempatan.

Laporan CNA, Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, K Shanmugam bagaimanapun berkata, remaja itu akan mendapat khidmat peguam dan dibicarakan.

Iklan
Iklan

"Dia akan dibicarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan boleh melantik seorang peguam, ibu bapanya juga terlibat dalam perbicaraan," katanya pada Khamis.

Kata Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) pada Rabu, remaja berusia 16 tahun itu merancang untuk menyerang dua masjid di kawasan Woodlands.

Iklan

Serangan itu dirancang pada 15 Mac tahun ini sempena ulang tahun kedua serangan berdarah di Christchurch, New Zealand pada 2019.

Dia dikatakan terpengaruh dengan tindakan dan manifesto Brenton Tarrant, lelaki yang bertanggungjawab atas serangan ke atas dua buah masjid di Christchurch New Zealand.

Iklan

Bagaimanapun memandangkan usia remaja itu terlalu muda, Shanmugam akan mempertimbangkan proses pemulihan yang dilaksanakan kelak.

"Walaupun usianya masih muda, jika tidak dihalang boleh memudaratkan.

"Justeru, dia perlu mengikuti proses pemulihan dan mengambil pengajaran supaya kejadian itu tidak berulang," katanya.