Arteta mahu pastikan Odegaard cergas

Iklan
Odegaard

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta mahu memastikan pemain pinjaman The Gunners, Martin Odegaard cergas sebelum menurunkannya pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Manchester United di Emirates awal pagi Ahad nanti.

Menurut Arteta, pihaknya juga perlu meneliti prestasi pemain kelahiran Norway berusia 22 tahun itu, berikutan dia tidak banyak mendapat minit permainan ketika beraksi dengan Real Madrid sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Setakat ini, dia dilihat telah berlatih dengan bersungguh-sungguh dan kelihatan gembira berada di Emirates.

"Kita juga percaya, dia ada memiliki keistimewaan yang kita perlukan, namun kita akan memberikannya masa untuk menyesuaikan untuk menyesuaikan diri sebelum diturunkan,” katanya.

Iklan

Terdahulu, Arteta dilihat mempunyai banyak pilihan bagi membariskan kesebelasan The Gunners bagi berdepan The Red Devils berikutan masalah kecederaan pemain.

Arsenal juga difahamkan tidak dapat menurunkan penyerang berbisanya, Pierre-Emerick Aubameyang yang kini menemani ibunya yang mengalami masalah kesihatan.

Iklan
Odegaard berlatih menjelang aksi berdepan Manchester United.

Mengulas aksi berdepan United, Arteta menegaskan, skuad kendaliannya bakal berdepan kesukaran kerana skuad The Red Devils itu dilihat berada pada prestasi terbaik ketika ini.

Katanya, jentera serangan United juga dilihat agak berbisa dan mampu memberikan ancaman kepada benteng pertahanan The Gunners di sepanjang perlawanan.

"Ya, kita tahu akan berdepan perlawanan yang sukar. Mereka (United) kini berada pada tahap yang terbaik.

"Kita juga tahu mengenai ancaman yang mampu mereka lakukan; oleh itu cara terbaik adalah kita perlu turunkan kesebelasan terbaik untuk melayan kunjungan mereka nanti,” katanya.