Ops Benteng: Warga Rohingya ditahan akan diuruskan sebagai PATI

Iklan
Khairul Dzaimee Daud

KUALA LUMPUR - Warga Rohingya yang ditahan serta ditangkap di sempadan negara akan diuruskan sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, kesemua warga Rohingya yang ditahan ditempatkan di Depot Imigresen.

Iklan
Iklan

"Saya dimaklumkan bahawa Ops Benteng sedang memantau dan meningkatkan kawalan di perairan.

"Bagi imigresen, jika mereka mendarat di sempadan negara dan ditangkap, semua warga Rohingya ini akan diuruskan sebagai PATI," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Iklan

Beliau mengulas mengenai tindakan yang akan diambil oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia berhubung laporan portal dan akhbar tempatan yang memaparkan mengenai ratusan etnik Rohingya hilang dari kem pelarian di Indonesia dan dipercayai diseludup masuk ke Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Ratusan etnik Rohingya di Indonesia lari ke Malaysia

Iklan

Laporan dari agensi tempatan dan luar negara yang dikeluarkan pada Khamis itu mendakwa hanya 112 pelarian masih tinggal di kem itu yang terletak di Lhokseumawe, Aceh berbanding 400 etnik Rohingya yang tiba di negara itu antara Jun dan September tahun lalu.

Bagaimanapun, menurut ketua pasukan petugas Rohingya di Lhokseumawe, Ridwan Jamil, pelarian terbabit disyaki menghubungi penyeludup untuk membawa mereka menyeberangi Selat Melaka menuju ke Malaysia.

"Buat masa ini, kami tidak tahu ke mana mereka pergi, namun mereka boleh melepaskan diri jika mendapat peluang kerana memang itu matlamat mereka (untuk ke Malaysia)," katanya.