Dua lelaki ditahan seludup beras, pulut
Iklan
Premis yang menyimpan 45 tan beras dan beras pulut yang dipercayai diseludup dari negara jiran di Kampung Bendang Buyong, Tanah Merah.
TANAH MERAH - Dua lelaki ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Kuala Terengganu bagi membantu siasatan berhubung penemuan 45 tan beras dan pulut yang dipercayai diseludup dari negara jiran di sebuah premis di Kampung Bendang Buyong, Tanah Merah, pada Khamis.
Lelaki berusia 45 dan 24 tahun yang masing-masing merupakan pemilik stor serta penjaga bangunan berkenaan ditahan ketika anggota PGA melakukan serbuan ke atas premis berkenaan pada jam 4 pagi.
Iklan
Iklan
Pegawai Pemerintah PGA Batalion 9, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, nilai rampasan kedua-dua bahan makanan itu dianggarkan berjumlah RM249,000.
"Kita tidak menolak kemungkinan kesemua beras dan beras pulut itu adalah untuk pasaran tempatan dan luar Kelantan, bergantung atas permintaan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Iklan
Menurutnya, semasa anggota PGA mahu melakukan serbuan di stor berkenaan dua lelaki telah tampil dengan masing-masing mengaku sebagai pemilik dan penjaga stor berkenaan.
Beliau berkata, anggota PGA kemudian mengarahkan pemilik stor membuka premis tersebut untuk tujuan pemeriksaan lanjut.
Iklan
"Semasa pemeriksaan sedang dilakukan, kita telah temui sebuah lori di dalam premis tersebut membawa kepada penemuan 22 tan beras dan 23 tan beras pulut dipercayai diseludup masuk secara tidak sah ke negara ini. PGA turut menemui cop Jabatan Kawal Selia Padi dan Beras Negara.
"Kita tidak menolak kemungkinan kesemua cop-cop tersebut dipalsukan bagi mengaburi mata pihak berkuasa. Bukan itu sahaja, pemilik stor turut gagal mengemukakan sebarang dokumen terkini berkaitan kemasukan beras tersebut ke dalam stor. Rampasan ini hasil intipan selama dua hari yang dilakukan oleh pihaknya di kawasan sempadan Malaysia-Thailand berhampiran stor tersebut," katanya.
Tambah Nor Azizan, kes disiasat bawah Seksyen 20 Akta Kawalselia Padi dan Beras Negara 1994.
Seramai 65 duta dakwah dalam kalangan anak muda dilahirkan oleh Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd dengan kerjasama Masjid Imanul Fa'izin melalui Program Umrah Percuma Anak Muda Jati Kelantan yang bermula 29 Disember lalu dan melabuhkan tirainya pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin
Sepanjang dua minggu di Makkah dan Madinah kesemua peserta yang terdiri daripada 29 perempuan dan 36 lelaki masing-masing berusia antara 20 hingga 35 tahun itu bukan sahaja fokus kepada ibadah umrah semata-mata namun mereka turut disajikan dengan makanan rohani menjadikan mereka insan yang berguna kepada agama, bangsa serta negara.
Mutawif dari Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Ahmad Junaidi Omar berkata, pelbagai pengisian telah diaturkan untuk anak-anak muda sekali gus berbeza dengan jemaah umrah yang lain.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/706435/edisi/kelantan/andalusia-lahirkan-duta-dakwah-dalam-kalangan-anak-muda
Muzik: Happiness dari www.bensound.com