Istiadat penganugerahan darjah kebesaran Pulau Pinang tangguh lagi

Iklan
Law Choo Kiang

GEORGETOWN - Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Pulau Pinang bagi tahun 2020 yang dijadualkan pada 6 dan 7 Februari ini ditangguhkan sehingga dimaklumkan kemudian.

Ini kali ketiga istiadat penganugerahan darjah kebesaran Pulau Pinang bagi tahun 2020 yang sepatutnya berlangsung pada 21 November tahun lalu ditangguhkan kerana keadaan pandemik Covid-19 di negeri ini.

Iklan
Iklan

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang berkata, perkara itu mendapat perkenan Yang Dipertua Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.

Jelasnya, penangguhan itu berikutan situasi semasa penularan wabak Covid-19 di negeri ini selain pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Iklan

Terdahulu, Choo Kiang mengumumkan majlis istiadat penganugerahan itu ditunda kepada 6 dan 7 Februari berikutan situasi semasa penularan pandemik Covid-19 di Pulau Pinang.

Menurutnya, istiadat penganugerahan tersebut akan dihadkan kepada penerima darjah kebesaran bergelar sahaja sebagai langkah mencegah penularan pandemik Covid-19.

Iklan