Pegawai Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) membuat pemeriksaan terhadap pekerja asing semasa melakukan operasi penguatkuasaan pematuhan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) di rumah penginapan pekerja asing di kawasan perindustrian Bukit Tengah hari ini.
Iklan
Iklan
Tujuan operasi ini dijalankan adalah penguatkuasaan pematuhan akta tersebut dan memastikan majikan melaksanakan ujian saringan COVID-19 kepada pekerja asing dalam mencegah penularan wabak COVID-19 di tempat kerja dan penginapan mereka.
Operasi itu turut disertai oleh pegawai dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri (IPK), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP). - Foto Bernama
Artikel Berkaitan