Para jemaah mengaminkan doa selepas menunaikan solat Jumaat dalam penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) mencegah penularan wabak COVID-19 di Masjid Jamek Idris Iskandar Shah 1, Sungai Rokam, Ipoh hari ini.
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebelum ini memberi perkenan solat Jumaat, solat fardu dan solat jenazah, dengan had maksimum 40 jemaah dalam sesebuah masjid atau surau di negeri ini, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. - Foto Bernama