PUTRAJAYA - Meskipun kedudukan negara pada Indeks Persepsi Rasuah (CPI) jatuh, dasar dan komitmen kerajaan dalam memerangi rasuah adalah jelas serta berterusan, tegas Pejabat Perdana Menteri.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat, pejabat itu berkata, Pelan Antirasuah Nasional (NACP) yang dilancarkan Pakatan Harapan (PH) semasa memegang tampuk pimpinan diteruskan sepertimana dimaklumkan pada peringkat awal pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional (PN).